Khamis, 15 Mac 2012

river cruise... Jalan-jalan cari makan

Number of View: 876
Ada sesiapa yang pernah ke Cruise Tasik Putrajaya? Salah satu aktiviti menarik yang harus anda cuba apabila datang melawat putrajaya.
Ana akan menaiki bot di sepanjang tasik putrajaya melihat pelbagai jenis rekabentuk bangunan yang menarik.
Harga masuk ke Cruise Tasik Putrajaya adalah berpatutan. Anda akan menaiki bot lebih kurang 30minit hingga 45minit.
Masa cuti hujung minggu memang ramai orang terutamanya pelajar sekolah.
Pemandu pelancong akan menerangkan tentang bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang laluan bot.
Anda akan dapat melihat pemandangan bawah jambatan.
Orang di atas jambatan siap melambai pada anda lagi.
Anda juga boleh cuba duduk atas kerusi pemandu bot sambil merakamkan gambar.
Masjid putra yang dirakamkan dari atas bot. Sampai di sini sahaja dapat saya ceritakan mengenai destinasi pelancongan menarik di putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan