Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini saya berikan 6 lagi tips untuk membuat Anda
bermotivasi setiap hari. Ini dia:
1. Sertai Seminar Pembangunan diri.
Kebanyakan seminar pembangunan diri ni berlangsung lebih dari 2 hari. Sebelum join, kenal pasti area dalam diri Anda yang mahu diperbaiki, misalnya mengurus tekanan perasaan, cemana nak handle stress, pengurusan emosi dan pengurusan kendiri.
2. Join Forum atau Group Motivasi.
Jumpa dan berinteraksi dengan orang-orang yang serupa dengan Anda, iaitu mahu memperbaiki diri sendiri dan yang berminat pada motivasi / pengayaan diri (self enrchment). Cuba kerap berhubung dengan mereka (email, SMS, group's post) dan ini mampu membina motivasi dalam diri Anda.
Ataupun, masuk ke blog-blog motivasi dan berinteraksi dengan pembaca-pembaca di ruang komen. Tanya apa saja dan mereka boleh membantu. Contoh, blog
LinnComel,
DikMal,
Ktom,
Raymond,
Zul,
eTuah dan
Taqiyuddin.
3. Bersukan
Luangkan masa untuk sukan rekreasi dalam paling kurang 3 hari seminggu. Paling senang, berjoging atau speed walking, sebab ia memerlukan alatan yang paling minima cukup dengan sekadar memiliki sepasang kasut sukan.
Kalau nak pergi berenang, ia memerlukan banyak alat, swim goggle, pakaian renang, tuala dan segala bahan-bahan toileteries. Bersukan dapat
membuang segala kerisauan yang berserabut dalam kepada Anda.
Kalau boleh, lakukannya dengan ahli keluarga, sahabat atau kekasih hati. Ini membuatkan diri Anda menjadi lebih positif dan lebih bermotivasi.
4. Baca Atau Dengar Bahan-bahan Motivasi.
Kebanyakan orang suka membaca suratkhabar di waktu pagi. Apa kata Anda tukarkan tabiat itu dengan membaca paling kurang satu artikel motivasi untuk mendapat suntikan inspirasi dan satu artikel di waktu tengahari untuk maintain motivasi.
Sesetengah orang kurang berminat membaca, jadi apa kata dengar klip ceramah motivasi pendek yang terdapat dalam format MP3, dalam bentuk CD mahupun DVD.
Ada beberapa pembaca blog Shueqry Berkata yang print artikel-artikel motivasi di sini dan membacanya setiap hari berkali-kali, WOW, terima kasih yang tak terhingga dari saya!
5. Puji 3 Orang Setiap Kali Bangun Pagi.
Bila bangun pagi ucapkan terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Esa, kerana Anda diberi peluang untuk memulakan hari baru. Ucapkan seihlas mungkin terima kasih tu sehingga rasa bersyukur meresap jauh ke dalam diri Anda.
Tarik nafas dalam kiraan tujuh saat, tahan nafas dalam kiraan tujuh saat dan kemudian hembus dalam kiraan 7 saat. Buat dalam 3 set. Ini membuat Anda merasa bersemangat.
Selepas itu, bayangkan wajah 3 orang yang Anda cukup kagumi dan fikirkan tentang pencapaian mereka. Dalam hati dan di dalam minda, puji pencapaian mereka ni dengan ikhlas.
Dengan berbuat begini, ia meningkatkan gelombang tenaga positif yang ada pada diri Anda. Bagi saya, saya memikirkan tentang Irfan Khairi, Steve Pavlina dan Anthony Robbins.
Mereka bertiga ni banyak memberi inpsirasi pada diri saya. Saya selalu membayangkan yang mereka ni ada depan mata saya dan berkata-kata untuk memberi semangat pada diri saya tiap hari walaupun yang sebenarnya mereka tak kenal siapa saya!.
6. Mindset.
Untuk jadi bermotivasi pada keesokan pagi,
set dalam minda pada petang yang sebelumnya. Beritahu minda Anda yang Anda mahu jadi bermotivasi pada keesokan hari dan bayangkan Anda melihat diri Anda jadi begitu ceria, bersemangat dan enegetik, lepas tu barulah tidur.
Tips nombor 3,4,5 dan 6 selalu saya amalkan dan ia amat berkesan, membuat tahap motivasi saya 'maintain' tiap hari. Kini giliran Anda pula untuk mencuba.
Moga tips ini bermanfaat, jumpa di artikel akan datang !
Wasslam.
-
Shueqry -
all for one, one for all.